Khamis, 23 Februari 2012

sakit dan sedapTips Memikat Hati Suami Anda Kembali!!! Semakin hari, peratusan penceraian pasangan yang berumah tangga semakin meningkat. Kadangkala, walaupun perkahwinan tersebut hasil daripada hubungan yang terbina sejak berbelas tahun dahulu, mereka tetap kecundang juga dengan perkahwinan yang hanya berusia beberapa hari atau bulan. Ada pula, hubungan sahaja yang bernama suami isteri. Tetapi, tempat tidur berasingan, si isteri masak untuk dirinya dan anak-anak sahaja manakala si suami makan di luar dan sebagainya. Apabila ditanya, mereka akan menjawab, semua ini berlaku kerana mereka berdua sudah tidak sefahaman lagi. Benarlah kata orang, alam percintaan dan perkahwinan sangat berbeza. Sepatutnya, para isteri perlu menyedari bahawa amatlah penting untuk seseorang isteri mengenali dan mengetahui segala perkara mengenai suami , memahami dan mengenalinya. Sifat semula jadi seorang lelaki iaitu ego, memerlukan kita mengalah dalam segala hal. Lebih-lebih lagi, sudah termaktub bahawa jaminan syurga anda ada padanya. Sebenarnya, tidak susah untuk menjaga hati seorang lelaki dan memastikan si dia setia dengan anda. Tidak banyak yang si dia inginkan dari anda. Cukuplah sekadar memahami apa yang mereka impikan dari seorang wanita. Malangnya, tidak ramai para isteri berjaya memahami si suami, gagal menawan hati si dia dan sebagainya. Ini adalah kerana anda tidak pernah mengetahui dan mengenali sikap dan perilaku seseorang lelaki. Tawan hati suami anda kembali dengan menggunakan perfume pheromone untuk menawan hati suami anda kembali.Saya yakin anda mahukan perkahwinan yang berkekalan buat selamanya. Tiada rujukan terbaik selain daripada maklumat yang saya berikan ini untuk kaum lelaki sendiri mengenal apa yang mereka impikan dari seorang wanita. Miliki perfume pheromone ini sekarang! Selepas ini, si dia akan berada di dalam dakapan anda kembali, merindukan belaian dan nafas anda dan anda adalah wanita terbaik di hati mereka. Timbul persoalan: Kenapa perlu memikat hati lelaki? Penting sangatkah untuk memikat lelaki nih? Pada hemat admin, ianya perlu, supaya lelaki senang dengan kita.. bukan bodek ya. Haha, sebagai contoh memikat adalah dengan pujian, admin pasti pembaca sendiri pun suka orang lain memuji diri. Ia menunjukkan keperihatinan dan penghargaan. Itu salah satu cara iaitu dengan PUJIAN. Selain itu terdapat banyak tips yang boleh anda pelajari mengenai cara memikat lelaki, terutamanya lelaki idaman. Tetapi ‘watch out’ sekiranya lelaki idaman anda itu egonya tinggi, banyak sikit la kena praktikkan cara memikat lelaki ego ini. Untuk memikat hati lelaki, anda perlu mengetahui dahulu mengenai peribadi lelaki tersebut. Bagaimana hendak tahu? Pembaca boleh cek melalui perwatakaan berdasarkan tarikh lahir lelaki itu, kemudian mudahlah untuk pembaca untuk praktikkan tips-tips pikat lelaki di bawah ini. Berikut admin senaraikan beberapa tips dan cara untuk memikat lelaki buat panduan pembaca: Hendaklah sentiasa tersenyum (bukan pura-pura senyum) dan jangan bersikap sombong ketika sedang berinteraksi dengan mereka. Anda haruslah pandai memasak kerana ia merupakan ciri-ciri utama kenapa lelaki mudah terpikat dengan anda. Terutamanya apabila anda pandai memasak makanan kesukaannya. Berpewatakan menarik yang mampu menarik minat mereka. Jujur, amanah dan sentiasa merendah diri. Terutama isteri kepada suami. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka. Tetapi jangan lakukan perkara yang melampaui batas pergaulan lelaki dan perempuan. Sekadar anda mampu, sebab kadang-kadang lelaki ini suka juga menguji. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu). Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut. Ala-ala perempuan Melayu terakhir? Tak perlu sehingga tahap itu, cukup sekadar menjadi diri anda sendiri. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki. Jangan terlalu mengongkong. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan. Ini menunjukkan kesungguhan dan keselesaan anda ketika bersama mereka. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki tersebut. (Khas untuk isteri dan suami) Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk “plan” pertama memikat dirinya. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka. Jangan bandingkan “dia” dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali. Oh, ini lelaki yang ego tinggi cukup pantang. Hati-hati.. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang. Ini akan membuatkan anda menjadi sumber kekuatannya. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal. Mereka lebih menyukai wajah asli anda. Mengetahui bila hari lahirnya. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan. Manja! Jangan terlalu “excited” ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama. Jangan terlalu bersikap “kelakian” dan ganas dalam pergaulan. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan “perfect”. Kerana menjadikan mereka sukar untuk mendekati anda. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu! Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas. Jangan bersikap terlalu kuno. Jadi kenalah tahu etika dan isu semasa. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada. Ini menjadikan mereka rimas bersama anda. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati. Bersemangat! Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu! Bagaimana sekarang? Adakah anda bersedia untuk praktikkan tips-tips di atas.. sayang suami tak? ni antara cara nak tambah kasih sayang suami pada anda.. 1) masa suami sedang memandu, urut lah bahagian tengkuk suami dengan mesra supaya lega rasa suami yang penat memandu tu kan 2) kalau nak tidur, tidurlah laksana suami menjadi pakaian bagi isteri dan isteri menjadi pakaian bagi suami 3) makan pulak biarlah saling menyuapkan atau senang berkonsi pinggan 4) luangkan masa mandi bersama suami cam Rasulullah wat bersama Aisyah 5) salam dan peluk suami sebelum pergi kerja supaya kalian kekal terus dalam ingatan bersama sepanjang masa berpisah 6) tanya suami apa yang nak dia makan cam mintak order bukan terus jer masak apa yang kita suka. sekurang-kurangnya berilah dia pilihan 7) pujilah suami. jadikan budaya saling puji-memuji ni sebagai rutin harian bersama. jangan biar orang lain plak yg puji suami kita. ha, masa tu baru nak cemburu?payah nak kata lah kan.. 8) jadilah pendengar yang setia...bukan pembebel sepenuh masa.. 9) sentiasa wangikan diri..dan cantikkan diri. bukan kah fitrah manusia suka pada sesuatu yang cantik? tu antara olahan tips yang sempat saya ingat dari Ustaz Fauzi dalam ruangan Motivasi pagi dan ambil dari pembacaan dan pengalaman..huhu.. semoga kita semua berjaya memikat hati suami sentiasa... amin... POSTED BY MUJAHIDAH SOLEHAH AT 11:00 Untuk kelihatan seksi dihadapan suami, ia tidaklah sesukar yang wanita selalu fikirkan. Perkara seksi yang disukai suami bukan sahaja mengenai cara pemakaian yang seksi, barangan alat solek dan sebagainya, tetapi ia mempunyai faktor lain yang mampu untuk menarik perhatian mereka. Mungkin ada sesetengah wanita yang masih tidak sedar mengenai perkara ini. t5 akan menyenaraikan 13 perkara seksi yang disukai suami. Isteri yang menyikat atau mengusap rambut sebelum hendak tidur. Waktu isteri mengejutkan mereka pada waktu pagi. Isteri yang baru sahaja selesai mandi. Ketika rambut isteri mereka masih kelihatan basah. Suara isteri mereka apabila terjaga tidur pada waktu tengah malam. Disebabkan perkara ini ada sesetengah suami menyatakan mereka suka mengejutkan isteri mereka pada waktu tengah malam hanya untuk mendengar suara manja isteri mereka. Mengusap atau bermain dengan perut isteri mereka. Isteri yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas. Isteri yang suka memusingkan hujung rambut mereka menggunakan jari. (ia termasuk juga tabiat-tabiat pelik yang lain seperti menggigit kuku, menyanyi didalam bilik mandi, atau sebagainya yang boleh membuatkan suami merasakan anda soerang yang comel) Isteri yang berkongsi minat dengan mereka walaupun sebenarnya isteri mereka tidak berminat mengenai sesuatu aktiviti itu. Hanya melibatkan diri untuk menemani suami mereka. Potongan rambut isteri yang memenuhi citarasa mereka. Cara isteri mereka yang tersendiri untuk menghadapi sesuatu situasi. Bau badan semulajadi isteri mereka. Layanan istimewa yang isteri mereka berikan. Anda sebagai seorang isteri pasti dapat merasai yang suami anda semakin lama semakin jauh dengan diri anda lebih-lebih lagi sekiranya suami anda seorang yang pendiam. Ini bukan masalah keluarga disebabkan masalah seksual. Ini merupakan cara atau teknik penyelesaian bagi masalah perhubungan suami isteri seharian. Jangan berlengah lagi. Lakukan sekarang! Anda tidak rugi 1 sen pun. Apa yang perlu ialah buangkan sifat ego yang ada dalam diri anda. Keegoan lelaki juga akan luntur sekiranya teknik ini anda amalkan. 1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Apabila suami pulang dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum membuat kerja-kerja lain. 2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai aktiviti suami sepanjang hari, (jika suami dalam mood yang sesuai). Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati. 3. Luangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami. 4. Tanya keluarga suami terutama ibu mentua, mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk. 5. Sekali sekala cuba hidangkan resipi ibu mentua yang menjadi kegemaran suami. Beri pujian terhadap penampilan suami seperti rambut, wajah,pakaian dan sebagainya. 6. Cepat-cepat pujuk apabila suami marah atau berkecil hati. 7. Jangan biarkan suami menunggu terlalu lama terutama apabila bersiap. Ucapkan terima kasih kepada suami apabila dia memberitahu akan pulang lewat. Pesan kepada suami agar menelefon anda sekiranya suami mempunyai tugasan di luar. 8. Apabila suami meminta bantuan, buatlah serta merta dengan ikhlas dan gembira. Jangan mengungkit atau banyak memberi komen. 9. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami. 10 Beri perhatian sepenuhnya kepada suami apabila dia bercakap. Kalau . boleh, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. 11 Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari. 12 Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau . kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian. 13 Apabila meminta bantuan suami, terangkan kepadanya dengan jelas . mengenai kerja-kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan memaksa, sebaliknya gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut. 14 Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.. 15 Beri layanan istimewa kepada suami di hari-hari istimewa seperti . keluar ‘dating’ atau ‘berbulan madu’ sekali sekala. 16 Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa. Belai dan urut . mengurut suami dari semasa ke semasa.

Tiada ulasan: